Saturday, December 13, 2008

Celoteh Rasa

Hari ini sy x ada apa2 aktiviti, maklumla setelah penat bkerja hari sabtu digunakan sepenuhnya untuk berehat..sebelum kahwin saya memang suke sgt berjalan pada hujung minggu tapi bile dah kahwin ni lain pulak lebih gemar duduk rumah sampaikan my hubby dah bising sebab setiap kali ajak tgk movie, ajak jln2,shopping sy ckp x nak....keadaaan ni makin serious sejak kebelakangan ni...percaya x klau sy habaq yg sy dah hampir 4 bulan x tgk movie.klau nak pergi shopping or jln2 sy lebih suke pada hari Isnin - Jumaat (malam lepas habis kerja).

Sepatutnya hari ini sy akan ke University Hospital (UH) utk melawat anak (Jeremy) rakan sekerja (Jason) yg sedang sakit (leukimia). Umur anak dia baru 2 thun lebih....saya tahu Jason & wife dia masih lagi blum dpt menerima dugaan ini sepenuhnya mana kan tidak kalau sebelum ini jeremy sihat waafiat x pernah demam teruk tiba2 saje menghidapi penyakit mcm tu.namun mereka tetap tabah & cekal demi utk melihat Jeremy chat.

Bile Jeremy bole kuar dari hospital masih jadi tanda tanya....hari selasa lepas dia telah menjalani pembedahan Bone Marrow & Jason ada bagi tahu yg Jeremy perlu menghadapi 4 lagi pembedahan tu. Nasib Jeremy agak baik coz leukimia yg dihadapinya di peringkat awal & peluang untuk sembuh tu amat tinggi tapi rawatan ni memerlukan 2 tahun untuk sembuh.

Sy yang belum mempunyai zuriat ni memang x dpt bayangkan perasaan jason & wife dia dlm menghadapi keadaaan jeremy ni (jeremy anak tunggal), tapi yg pasti setiap penderitaan yg bakal Jeremy tanggung pasti turut dirasai oleh mereka...kesakitan Jeremy juga akan menjadi kesakitan mereka.sy berharap sangat Jeremy akan cepat pulih dan untuk Jason & wife hope mereka cekal & tabah.

Actually sy bukan x nak pergi UH coz malas tapi sy kurang chat dah beberapa hari menghidap Flu & atas nasihat member2 sy ditegah dr pergi melawat Jeremy coz kanak2 yg mengidap leukimia sudah kekurangan/ kehilangan antibodi sebarang penyakit senang dijangkiti....jadi sy terpaksala melupakan hasrat nak melawat ari ni...kene la tunggu Flu sy ni ok ckit.

Klau la sy di tempat Jason & wife dia bole ke sy menghadapi dan menerima hakikat? adakah sy akan setabah & secekal mereka berdua atau sy hanya menyalahkan takdir atas apa yg berlaku....?kuat ke sy nak berhadapan dgn anak yg sedang sakit? Tpi sy pasti kuasa ibu & ayah mengatasi segala-galanya.

Pada semua kaum ibu & ayah,Tahniah dan berbanggala dengan anugerah yg anda miliki. pada yg sedang berusaha tuk menjadi ibu & ayah (mcm sy) good luck...Insyaallah jika diizinkan Tuhan pasti kt juga akan merasai pengalaman terindah itu.

7 comments:

eiza in the house.. said...

kasihan kan..tp aper pon kene bg dia moral support..
teringat arwah anak buah sy meninggal masa umo 4 tahun, kalah emo yang ke-3..sakit cancer..al-fatihah untuk arwah Mohd Aiman Bin Yunus.

AQisH said...

kwn saya pulak baru kehilangan anaknya akibat jangkitan paru² bln lepas pada usia 6 bulan..mmglah sedih tetapi semua yg berlaku ada hikmahnya..semoga ibubapa yg mempunyai anak yg bermasalah kesihatan redha dan sabar serta usahalah sedaya mampu..

btw saya terbalik ler..lepas kawin ni lagi dasat berjalan sakan taww..anak² pon dah terikut sama;-)

Sayang_Liedz said...

eiza : Al-fatihah tuk Mohd Aiman.Moga ibu & bapa aiman tabah menghadapi ujian tuhan.

Aqish : Betul tu hope semua redha dan tabah menghadapi ujian.

Mesti best kan jln2 ramai satu family ngan anak2.

Anonymous said...

setiap yang berlaku ada hikmah.... Allah akan duga pada hamba yang DIA tau hambaNya mampu hadapi dugaan....

Sayang_Liedz said...

Nurul : betul tu...alhamdulilah Jeremy dah kuar wad.walaupun mereka bukan seagama dengan kita sebagai insan yg bergelar manusia x salahkan kt jugak mendoakan kesejahteraan mereka yg bukan seagama

Anonymous said...

salam..
sy doakan jeremy sihat sentiasa dan utk kedua ibubapanya juga supaya lebeh tabah..
mmg kita akn tpk adakan kita mampu meghadapi dugaan yg sama seperti mereka,tp apabila ianya adalah darah dging kita,bertukar nyawa pon kita sanggup..

Siti Maria said...

Semoga baby sihat selalu...saya akan doa untuk kamu sekeluarga