Friday, December 12, 2008

Aktiviti Seminggu

Dah lama tak menulis dalam blog ni..... So saya nak cerita sikitla aktiviti sepanjang minggu ni......

Hari Ahad

seperti yg dah di habaq sblum ni, kereta saya siap pada petang sabtu, oleh kerana my hubby ada hal pada hari ahad so terpaksa balik kg hari ahad petang.Bertolak balik ke Tangkak dalam kul 2.00 ptg, siapa yang kene drive?saya la coz hubby bagi alasan pening kpala, on the way, Biasanya my hubby memang suka sangat singgah di perhentian Dengkil coz dia nak tapau satay kajang haji samuri......(The most Delicious Sate In Kajang).Alang2 nak tapau kita orang pun melantak la dulu....

Sorry la ya selalu tak sempat nak ambik gambar sebelum makan bukan apa nampak makanan semua lupa .hehehe.....

Sekejap je makanan dah licin.......Hmmmm sedap..........My hubby la yang makan paling banyak.....sesuai la dengan tank dia (Besar)

Hari Isnin

Selamat Hari Raya Aidiladha....Hmmmm tak de yang menarik..Hujan turun sepanjang hari....saya memang tak pernah pergi melihat orang mengorbankan lembu bukan apa saya ni cepat kasihan....... (alasan sebenarnya takut darah)...so sepanjang hari duduk rumah melayan tetamu yang datang. Malam tepat pukul 8.00mlm, bersiap balik ke KL.Siapa yang kene pandu kereta?saya lagi.. Hubby tak sihat.....tensionnya coz Jem yang teramat sangat2.Perjalanan yang hanya mengambil masa 2 Jam jadi 5 jam...kereta dah la manual...kaki ni jangan cakap la sakit yang teramat -amat.Tapi syukur akhirnya sampai rumah dengan selamat.

Hari Selasa

Oleh kerana hubby tak sihat dan saya pun kepenatan so apa lagi MC la....... ada beberapa urusan yang nak disettelkan so kami decide lepas pergi klinik nak settlekan semua urusan tu, so after pergi klinik, terus pergi ke MBSB (Bukit Damansara) .Lepas pergi MBSB pergi pulak ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)......My hubby nak daftar syarikat....


Ni muka kami yang kepenatan menunggu...lama tu nak tunggu.........rupa-rupanya ramai jugak orang nak mendaftar syarikata ya......

HAri Rabu

Dah beberapa hari Komputer hubby bermasalah so dia mintak tolong kawan game dia (Wak Turtle...tak tau nama sebenar tau nama dia dalam game tu je) reformat PC coz hubby saya hampeh & tak pandai nak reformat sendiri...so Malam tu hantar dia balik ke Kajang (pagi dia datang naik komuter)

Hari Khamis

Adik Ipar saya ada krusus di PutraJaya so malam tu dia suruh jumpa dia kat sana..........

On the way pergi putrajaya......nasib baik tak jem............



Mula2 janji nak jumpa kat Alamanda, tapi oleh kerana tak tahu jalan so tersesat sampai ke Jabatan Perdana Menteri...tak nak sesat lagi kita tukar plan meet la kat situ (lupa nak habaq mak mertua adik ipar stay kat Putrajaya so dia tahu jalan sana)
Kita org tak pernah lagi menjejakkan kaki ke Alamanda so we decide nak pergi jugak... hmmmm x de apa yang lain pun sama je macam shopping complex lain...Jalan2 sekajap then pergi la makan di Rasa Food Arena.....Lepas kenyang terus chow.
Hari Jumaat
Lepas balik kerja pergi la survey Laptop, ingat nak beli laptop...bukan apa susah.... Pc hubby penuh dengan game je ...lagi pun dia x leh berpisah dengan Pc dia....sorang satu x bergaduh....senang sikit nak update blog.
Nanti klau ada cerita menarik saya habaq lagi k.....

3 comments:

gee ryder said...

cian liedz asik kena drive je hehe..mmg tension kalo jem...

aik bru 1st time ke g alamanda..
ptjya tu jgn risau mmg xpnh jem hehe..mlm lgla pulak selengang2nye jln

Sayang_Liedz said...

Gee : tu la baru 1st time g Alamanda.nama je dah duk Kl 4 thun lebih.....

Faisal Admar said...

haha amboi cakap tank besar ye dekat mie! report mie :P

eh ida, register syarikat? biz apa lak ni? lai lai cer sikit :P