Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Hari ni 1st time saya keluar dengan awisy berdua sahaja.... bukan pergi mana pun just bawa awisy ke klinik Pakar Kanak Kanak Sri Damansara. Saya harus mula sesuaikan keadaan bila keluar berdua saja dengan awisy, tak kan selamanya setiap kali ada appoinment di Hospital suami saya harus ambil cuti tuk temankan.... kalau appoinment awisy tak banyak tak pe jugak...(Nanti saya akan jelaskan kenapa awisy banyak sangat appoinment). Lagi pun awisy jenis yang tak banyak meragam senang jaga dia.
Tujuan pergi ke Klinik pun just untuk regular check up je...ya la sejak keluar dari Hospital (Hampir 10 hari) kami rasa condition dia getiing better tapi perasaan risau tu memang sentiasa ada tu yang bawak dia pergi klinik. Pasti ada yang tertanya wah perlu ke bawak ke Klinik Pakar kalau tak de masalah kesihatan. Anda pasti akan lakukan perkara yang sama jika anda tahu apa yang kami lalui (Sabar next entry In Sha Allah saya akan ceritakan semuanya).
Lagi pun saya memang Highly recommended Klinik Pakar Kanak Kanak Sri Damansara ni. Doktor T. Sakina Han sangat2 bagus. Awisy jumpa dia sejak umur 20 hari lagi hingga sekarang. Sebarang kemusykilan kami dijawap dengan tenang dan jelas. Doktor di klinik dia jugak la yang pertama dapat mengesan penyakit awisy.
Lagi satu sebab kenapa saya suke ke Klinik ini, mereka hanya akan memberi ubat yang betul2 perlu sahaja dan Alhamdulilah ubat2 yg di berikan semuanya berkesan. Tidak dinafikan kos nya lebih tinggi berbanding klinik biasa dah namanya pun pakar tapi percayala ia berbaloi.
Berbalik pada cerita Dating saya dan Awisy. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Awisy tak banyak kerenah senang bawak dia keluar. Harap2 Khamis ni pun senang jugak la ya.....ada appoinment tuk suntikan 3 bulan Awisy di Klinik UITM (kenapa lambat sangat suntikan awisy nanti saya explain.. Sorry banyak sangat nanti explain bukan apa panjang ceritanya...)
Sampai disini dulu...nanti sambung lagi ya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Terima Kasih kerana berkongsi!
Post a Comment