Tuesday, March 11, 2014

1st time

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ni 1st time saya keluar dengan awisy berdua sahaja.... bukan pergi mana pun just bawa awisy ke klinik Pakar Kanak Kanak Sri Damansara. Saya harus mula sesuaikan keadaan bila keluar berdua saja dengan awisy, tak kan selamanya setiap kali ada appoinment di Hospital suami saya harus ambil cuti tuk temankan.... kalau appoinment awisy tak banyak tak pe jugak...(Nanti saya akan jelaskan kenapa awisy banyak sangat appoinment). Lagi pun awisy jenis yang tak banyak meragam senang jaga dia.

Tujuan pergi ke Klinik pun just untuk regular check up je...ya la sejak keluar dari Hospital (Hampir 10 hari) kami rasa condition dia getiing better tapi perasaan risau tu memang sentiasa ada tu yang bawak dia pergi klinik. Pasti ada yang tertanya wah perlu ke bawak ke Klinik Pakar kalau tak de masalah kesihatan. Anda pasti akan lakukan perkara yang sama jika anda tahu apa yang kami lalui (Sabar next entry In Sha Allah saya akan ceritakan semuanya).

Lagi pun saya memang Highly recommended Klinik Pakar Kanak Kanak Sri Damansara ni. Doktor T. Sakina Han sangat2 bagus. Awisy jumpa dia sejak umur 20 hari lagi hingga sekarang. Sebarang kemusykilan kami dijawap dengan tenang dan jelas. Doktor di klinik dia jugak la yang pertama dapat mengesan penyakit awisy.

Lagi satu sebab kenapa saya suke ke Klinik ini, mereka hanya akan memberi ubat yang betul2 perlu sahaja dan Alhamdulilah ubat2 yg di berikan semuanya berkesan. Tidak dinafikan kos nya lebih tinggi berbanding klinik biasa dah namanya pun pakar tapi percayala ia berbaloi.

Berbalik pada cerita Dating saya dan Awisy. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Awisy tak banyak kerenah senang bawak dia keluar. Harap2 Khamis ni pun senang jugak la ya.....ada appoinment tuk suntikan 3 bulan Awisy di Klinik UITM (kenapa lambat sangat suntikan awisy nanti saya explain..  Sorry banyak sangat nanti explain bukan apa panjang ceritanya...)

Sampai disini dulu...nanti sambung lagi ya





Kembali Menulis

Assalammualaikum dan selamat sejahtera, 

Bertahun lamanya Blog ini dibiarkan sepi..... Rindu sangat untuk kembali menulis di sini......

Azam 2014 saya nak kembali aktif.......nak bercerita tentang kehidupan saya sekarang. Sejak menjadi SURI RUMAHTANGGA sepenuh masa ni rindu pada penulisan di blog semakin menjadi-jadi..... Kalau nak ceritakan balik apa yang berlaku sepanjang tempoh saya menghilang ni terlalu banyak ceritanya.....

So kita mulakan cerita tahun 2014 la...... Lepas ni saya akan banyak bercerita tentang PERMATA HATI SAYA,CINTA DUNIA AKHIRAT saya.... KHAIR DARWISY MOHAMMAD..... STAY TUNED...


Saturday, December 18, 2010

I'm Back

Hi, akhirnya saya kembali menulis........lama sungguh saya tinggalkan blog ni.....saya lupa mengenainya hampir setahun lebih......saya rindu nak menulis lagi..saya rindu tuk bercerita.

banyak perkara yang berlaku pada saya sepanjang kehilangan saya ni (boleh ke kata mcm tu).....apa pun yg berubah yang pasti say still masih berdua je ngan hubby sy....kami masih x dikurnikan anak...tapi yg pasti apa pun berlaku pasti ada hikmahnya......

saya akan cuba tuk kembali aktif, kembali bercerita..itu pun klau ada org yg masih sudi membaca blog ni....

k tuk hari ni.......LOL

p/s : jap lagi nak g tournament bowlings dah.....apa2 nanti sy updat k

Monday, April 6, 2009

HI! Hi! Hi!


Lamanya x update blog...wahai kawan2 mintak maaf ya......beberapa bulan ni hidup agak kelam kabut ckit...... apa pun i'm back Insyaallah lepas ni tiap2 hari sy update blog ya......


Hmmm masih hutang lagi gambar pergi ke kedah.....nanti sy update gambar k.......


Apapun thank still follow blog ni K.....

Wednesday, December 31, 2008

Kembali Bercerita

lama sunggug sy x update blog...maklumla dah akhir tahun kerja berlambak tambah pulak penyakit "M" yg bermaharajelela ni lagi la...so dlm entry ni sy akan crita semua aktiviti start dari:-

15/12/08 = Isnin

1st day kerja...mood tu memang la x de....bermalas-malasan je kat ofis. ptg bos panggil masuk bilik, rupanya dia nak ajak g seminar "AMWAY" . mcm yg sy bagi tahu sebelum ni, sy join AMWAY atas galakan bos sy...sbnarnya ikut kata ati memang x nak pergi bukan apa actually seminar ni dlm bahasa mandarin...bukan sebab x paham tapi pastinya sy sorang sy melayu yg akan ada kat seminar tu..pasti rasa janggal. but x nak kecikkan ati bos sy pergi jugak.
oleh kerana my hubby dpt skip this seminar coz dia x fham mandarin sy paksa dia blanja mkn mc D, apa lagi klau bkan prosperity.....lpas mkn trus gerak ke Hotel Sri Peatling....jauhnya la...... spt yg diduga sy je malayu kat ctu....janggalnya semua mata memandang semcm.lantak la.habis seminar dlm kul 11.00 smpai umah mandi n tido la....ngatuknya.

16/12/08 = Selasa

ikutkan penat dan malas lpas balik kerja nak rehat je kat umah tapi hubby ajak pergi Tesco & The Curve la pulak,nak x nak kene la ikut maklumla istri mithali...hehehe.sebagia balasan hubby blanja mkn steamboat...yummy.x ambik pic pun coz mkn kat same steamboat je.

17/12/08 = Rabu

x de apa yg menarik, jadual hubby lak pack...biasanya ari rabu dia ada war (game Ragnarok) so x leh ganggu. cuba cari idea utk hantaran.....x de idea...tido awalllll.


18/12/08 = Khamis

kawan hubby ym ajak g tgk wayang...hmmm malas lagi tapi x baik asyik menolak je n hubby pun on....so decide tgk movie malayu "Histeria" klau crita ni leh la layan lagi klau ajak tgk cicakman sorry x leh nak layan langsung.beli tiket online n balik kerja trus pergi tiket kul 9.15. sampai pusing2 cari parking x jumpa2 napa la ramai sgt org mlm ni....last2 x sempat nak mkn..beli je snack dulu lpas movie baru g mkn. sy leh bagi 4 out of 5 star tuk citer Histeria.

19/12/08 = Jumaat

lepas balik kerja lpak kat umah tgk HBO.....bestnya dpt rehat.

20/12/08 = Sabtu

Hubby pagi2 lagi dah keluar....ada hal ngan member... balik dia singgah ambik bakul hantaran yg dah siap...So 1 hari mengadap brg hantaran x de idea lagi.... sblum ni semua hantaran masa sy kahwin diuruskan oleh my sister2, ni kira 1st time nak buat sndri.....susah jugak ya...idea ada tapi x tau mcm mana nak x gayakan....hmmmmm pening. Malam hubby ajak lpaka ngan member2 dia kat Shah Alam nak bincang pasal trip ke kedah (Majlis pertunagan).....smapai umah kul 2.00 pagi.

21/12/08 = Ahad

Rest sepanjang ari.....siapkan hantaran.....hubby kuar so dia dah tapaukan makanan (malas nak masak).

x sabo nak pergi kedah la......



Sunday, December 14, 2008

Hujung Minggu

hujung minngu, biasanya dihabiskan dengan berehat di rumah tapi oleh kerana minggu ni ada perkara yg perlu diselesaikan so...... terpaksalah kluar .

1st destinasi ialah tempat menjual barang hantaran. sebenarnya my hubby friend akan bertunang pada 25/12/2008 ni. oleh kerana family dia jauh (Sarawak) so me & my hubby la yang tolong uruskan majlis dia termasukla bab2 barang hantaran ni.....sy sbnarnya suke sgt bab2 membelek brg2 hantaran.....nanti bile semua dah siap sy tunjukkan dlm blog ya.

2nd destinasi, The Store Sg buloh.sebnarnya nak cari kain ela tuk wat hantaran.....as per request pihak pompuan mintak kain chiffon so senangla just concentrate cari kain chiffon je..pilih punya pilih, belek punya belek ada jugak yg berkenan.

3rd destinasi Jusco Kepong.Nak pergi kedai Body Shop, nak makan & nak tgk Movie (hehehe setelah sekian lama x tgk movie ada gak peluang nak tgk). mula2 smpai mesti la pergi mkn dulu.
oleh sebab tak tau nak makan apa & perut masing2 memang tgh lapar so The chicken Rice Shop jadi pilihan. kali ni dpt la snap gambar sebelum mkn.

Hmmm nampak sedapkan.? x sabo nak makan ni...perut dah berkeroncong dari tadi

Lepas makan, terus ke Body Shop ...... nanti baru sy tunjukkkan apa yg kt org beli ya? bukan apa nanti dah x suprise.

Movie yg sy tgk tajuk dia panjang yang amat, sebut pun tersasul je "is the day the earth stoods still". dari 5 bintang sy bagi 3 bintang je, agak boring la crita dia....x de action sgt nasib baik ada muka keanu reeves klau x lagi la boring.

sampai umah saje trus sibuk nak tulis blog....ntah la ya klau sehari x tulis kat blog ni rasa semacam...apa pun tu all take care & jaga diri baik2 k.

Saturday, December 13, 2008

Celoteh Rasa

Hari ini sy x ada apa2 aktiviti, maklumla setelah penat bkerja hari sabtu digunakan sepenuhnya untuk berehat..sebelum kahwin saya memang suke sgt berjalan pada hujung minggu tapi bile dah kahwin ni lain pulak lebih gemar duduk rumah sampaikan my hubby dah bising sebab setiap kali ajak tgk movie, ajak jln2,shopping sy ckp x nak....keadaaan ni makin serious sejak kebelakangan ni...percaya x klau sy habaq yg sy dah hampir 4 bulan x tgk movie.klau nak pergi shopping or jln2 sy lebih suke pada hari Isnin - Jumaat (malam lepas habis kerja).

Sepatutnya hari ini sy akan ke University Hospital (UH) utk melawat anak (Jeremy) rakan sekerja (Jason) yg sedang sakit (leukimia). Umur anak dia baru 2 thun lebih....saya tahu Jason & wife dia masih lagi blum dpt menerima dugaan ini sepenuhnya mana kan tidak kalau sebelum ini jeremy sihat waafiat x pernah demam teruk tiba2 saje menghidapi penyakit mcm tu.namun mereka tetap tabah & cekal demi utk melihat Jeremy chat.

Bile Jeremy bole kuar dari hospital masih jadi tanda tanya....hari selasa lepas dia telah menjalani pembedahan Bone Marrow & Jason ada bagi tahu yg Jeremy perlu menghadapi 4 lagi pembedahan tu. Nasib Jeremy agak baik coz leukimia yg dihadapinya di peringkat awal & peluang untuk sembuh tu amat tinggi tapi rawatan ni memerlukan 2 tahun untuk sembuh.

Sy yang belum mempunyai zuriat ni memang x dpt bayangkan perasaan jason & wife dia dlm menghadapi keadaaan jeremy ni (jeremy anak tunggal), tapi yg pasti setiap penderitaan yg bakal Jeremy tanggung pasti turut dirasai oleh mereka...kesakitan Jeremy juga akan menjadi kesakitan mereka.sy berharap sangat Jeremy akan cepat pulih dan untuk Jason & wife hope mereka cekal & tabah.

Actually sy bukan x nak pergi UH coz malas tapi sy kurang chat dah beberapa hari menghidap Flu & atas nasihat member2 sy ditegah dr pergi melawat Jeremy coz kanak2 yg mengidap leukimia sudah kekurangan/ kehilangan antibodi sebarang penyakit senang dijangkiti....jadi sy terpaksala melupakan hasrat nak melawat ari ni...kene la tunggu Flu sy ni ok ckit.

Klau la sy di tempat Jason & wife dia bole ke sy menghadapi dan menerima hakikat? adakah sy akan setabah & secekal mereka berdua atau sy hanya menyalahkan takdir atas apa yg berlaku....?kuat ke sy nak berhadapan dgn anak yg sedang sakit? Tpi sy pasti kuasa ibu & ayah mengatasi segala-galanya.

Pada semua kaum ibu & ayah,Tahniah dan berbanggala dengan anugerah yg anda miliki. pada yg sedang berusaha tuk menjadi ibu & ayah (mcm sy) good luck...Insyaallah jika diizinkan Tuhan pasti kt juga akan merasai pengalaman terindah itu.